5 aksi terdahulu Malaysia bertemu Singapura mempunyai cerita berbeza menjelang aksi terakhir Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 dalam perlawanan persahabatan dan saingan piala peringkat Asia Tenggara.
Kali terakhir Harimau Malaya bertemu pasukan julukan Sang Singa itu adalah pada 4 September 2025 di TM Stadium Nasional.
Bagi rekod, perlawanan pertama sejak 5 aksi terakhir adalah pada tahun 2019 dalam kejohanan Piala Airmarine, Singapura berjaya menumpaskan pasukan Malaysia dengan keputusan 1-0 di TM Stadium Nasional.
Selepas itu, pasukan Malaysia bertemu semula dengan Singapura dalam perlawanan FAS Tri-Nations Series 2022 turut menyaksikan Harimau Malaya tumpas 2-1 di tangan Sang Singa di tempat lawan, Stadium Nasional pada 26 Mac.
Pada tahun 2023, Harimau Malaya kembali bertemu skuad jiran seberang tembok itu di Bukit Jalil bagi aksi piala peringkat Asia Tenggara pada 3 Januari. Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia mencatatkan keputusan menang 4-1 hasil ledakan Darren Lok, Stuart Wilkin (2×) dan Sergio Aguero.
Pada Disember 2024, Malaysia menentang pasukan Sang Singa sekali lagi bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala ASEAN yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri dengan keputusan 0-0 di Bukit Jalil.
Keputusan itu memastikan Singapura layak ke pusingan separuh akhir sementara Malaysia tersingkir daripada edisi tersebut.
Perlawanan terakhir antara Malaysia dan Singapura dimenangi oleh pasukan Harimau Malaya dengan keputusan 2-1 pada 4 September 2025 bagi aksi persahabatan di Bukit Jalil.
Namun, kemenangan tersebut telah dibatalkan dan diberikan keputusan menang 3-0 kepada Singapura oleh FIFA berikutan beberapa pemain warisan negara yang digantung selepas beraksi pada perlawanan tersebut.
Harimau Malaya bakal menghadapi semula tentangan hebat pasukan julukan Sang Singa pada 1 Oktober ini bagi aksi terakhir Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Khamis dan sepak mula dijadualkan pada pukul 8:30 malam waktu Malaysia.
Keputusan menang perlawanan ini bakal menentukan pasukan daripada Kumpulan A yang layak mara ke pentas final Piala ASEAN FIFA 2026.
Sementara itu, seteru Malaysia, Indonesia turut mengintai nasib yang sama apabila dijadualkan menentang Bangladesh dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A pada hari & waktu sama.