Pertembungan antara Malaysia vs Singapura bakal menjadi hangat dengan kehadiran 5 tonggak tumpuan.
Aksi FIFA ASEAN Cup pada Khamis menjadi tumpuan peminat melibatkan perlawanan antara Malaysia vs Singapura dengan kedua-dua negara jiran ini masih memiliki peluang untuk layak ke pentas final berdasarkan kedudukan semasa.
Malaysia memimpin kumpulan A dengan 4 mata selepas mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri, satu mata mengatasi Singapura yang bangkit memperoleh kemenangan setelah kalah kepada Indonesia pada aksi pertama.
Derbi Seberang Tambak antara Malaysia dan Singapura ini menjadi detik penting buat kedua-dua negara termasuklah Indonesia untuk menentukan juara Kumpulan A yang bakal turun menentang Thailand pada final nanti.
Di sebalik kehangatan perlawanan kali ini, 5 tonggak utama dikenal pasti bakal menjadi watak penting yang berpotensi besar mengubah alur cerita permainan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Arif Aiman
Rekod dua jaringan di FIFA ASEAN Cup dan aksi cemerlang ketika hadapi Indonesia lalu sudah memadai untuk meletakkan nama Arif Aiman sebagai antara bintang tumpuan pada perlawanan ini bagi menghidupkan serangan Harimau Malaya.
Dion Cools
Selepas cemerlang merantai barisan bintang Indonesia, khidmat Dion Cools sekali lagi ditagih bagi mengawasi pergerakan penyerang Singapura, seperti Ilhan Fandi serta Shawal Anuar untuk merealisasikan misi ‘clean sheet’ ke-3 Malaysia.
Stuart Wilkin
Pertarungan di bahagian tengah bakal menjadi menarik, dengan Malaysia dijangka mempertaruhkan Stuart Wilkin dan Nooa Laine yang cemerlang pads aksi sebelum ini, bagi mematahkan gerakan lawan selain membantu serangan pasukan.
Ilhan Fandi
Anak kepada Legenda Singapura, Fandi Ahmad ini menjadi watak penting untuk Singapura sejak berada di bawah kendalian Gavin Lee dengan rekod 5 gol dijaringkan Ilhan Fandi dalam 10 aksi skuad kebangsaan pada tahun 2026 ini.
Harhys Stewart
Lawan Stuart Wilkin di jentera tengah nanti merupakan bintang Chiangrai United, Harhys Stewart yang kini berada di prestasi terbaik setelah berjaya mencetak gol kemenangan Singapura ketika menewaskan Bangladesh 1-0 tempoh hari.