Pestabola Merdeka: Bendera Negara Lain Dilarang Masuk Ke Stadium
Harimau Malaya
Azri/Makanbola
Advertisements

Ibu Pejabat Pihak Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan untuk melarang mana-mana bendera negara lain yang tidak berkaitan dengan perlawanan ini untuk dibawa masuk ke dalam stadium.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Zam Halim bin Jamaluddin, terdapat garis panduan yang dikeluarkan agar keselamatan para penonton dapat dipertingkatkan.

Pihak Polis Cheras telah menyenaraikan beberapa barang larangan untuk dibawa masuk ke dalam stadium.

Advertisements

“Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2023 antara pasukan bola sepak Malaysia menentang Tajikistan akan diadakan pada 17 Oktober 2023 (Selasa), jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.”

“Dijangka seramai 45,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Semua pintu masuk stadium akan dibuka pada jam 6.00 petang.”

Advertisements

Antara barang larangan ialah topi keledar, mercun, pemetik api, pen laser, minuman keras, senjata, bahan api dan larangan lain.

Selain itu, bendera lain yang tiada kaitan dengan perlawanan juga diingatkan agar tidak dibawa ke SNBJ bagi aksi berdepan Tajikistan malam ini.

Advertisements

“Orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan sama ada semasa perlawanan mahu pun selepas perlawanan tersebut,” jelas Ketua Polis Daerah Cheras dalam satu kenyataan.

Perlawanan akan berlangsung pada 17 Oktober 2023 di SNBJ antara pasukan Malaysia dan Tajikistan bagi aksi Pestabola Merdeka 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram