Malaysia Tempuhi 3 Ujian Hebat Kurang Dari Sebulan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pasukan kebangsaan Malaysia bakal berdepan ujian hebat kurang dari sebulan dalam misi untuk menyalakan harapan ke Piala Dunia.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mengharungi kempen yang cukup membanggakan dalam tempoh dua bulan selepas berjaya mengikat China dan Syria dan menang ke atas India.

Harimau Malaya bagaimanapun tewas kepada pasukan ke-110 dunia, Tajikistan sekaligus terlepas peluang untuk meraih trofi pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Advertisements

Malaysia perlu segera melupakan episod duka tersebut apabila bakal mengharungi satu tempoh yang mencabar bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan November.

Skuad kebangsaan akan berdepan Kyrgyzstan bagi aksi pembukaan pada 16 November 2023 sebelum perlu menentang Taiwan pada 21 November.

Advertisements

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Kyrgyzstan, Oman dan Taiwan dengan baki aksi akan berlangsung selepas Piala Asia tahun hadapan.

Ini juga bakal menjadi pentas terbaik sebagai persediaan buat skuad negara memantapkan segala kekurangan sebelum ke Qatar pada awal tahun hadapan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram