Kim Pan-gon: Saya Minta Maaf, Kita Perlukan Sokongan Rakyat Malaysia
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui telah mengecewakan rakyat Malaysia selepas tidak berupaya menghadiahkan piala pertama buat rakyat Malaysia di laman sendiri.

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 antara Harimau Malaya dan pasukan ke-110 dunia berlangsung dengan cukup baik namun kemenangan milik Tajikistan.

Satu jaringan pada setiap babak ditambah dengan kesalahan komunikasi telah memberikan kelebihan kepada lawan untuk menjulang trofi di gelanggang lawan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan selepas perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui pemain sudah melakukan yang terbaik mengikut pelan yang direncanakan.

Beliau juga melihat ini menjadi pengajaran berguna buat pasukan untuk terus memperbaiki kelemahan bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia tidak lama lagi.

“Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami tahu anda meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang Piala Merdeka. Kita sudah lama tidak menjadi juara dan saya minta maaf.”

Advertisements

“Saya pasti kita memang boleh buat silap tetapi kita akan belajar daripada ini. Saya tahu persiapan perlu dilakukan dengan rapi dan persiapan mental juga untuk bersaing. Kita tidak mengalah dari awal permainan hingga akhir.”

Kekalahan ini menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk memungut mata penuh FIFA sungguhpun berjaya memperoleh tambahan +6.40 mata FIFA.

Beliau tidak mahu penyokong menyalahkan para pemain sepenuhnya kerana sokongan amat diperlukan untuk melihat pasukan lebih maju.

Advertisements

“Jangan salahkan pemain. Saya juga melakukan kesilapan, pemilihan pemain dan sebagainya. Kita kalah kepada lawan yang lebih kuat, jadi ia menjadi pengajaran berguna. Saya harap anda terus memberikan sokongan kepada para pemain,” jelasnya selepas perlawanan.

Kekalahan ini menyebabkan Harimau Malaya kehilangan -4.219 mata sekaligus menjadikan mata terkini kepada 1102.50 mata.

Aksi kebangsaan seterusnya adalah Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila Malaysia bakal membuka tirai berdepan Kyrgyzstan pada 16 November 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram