Arab Saudi Tuan Rumah Pusingan Akhir ACLE Dua Musim
MakanBola
AFP
Sponsors

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terus membuat perubahan menjelang Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang bakal bermula pada musim 2024-2025.

Secara ringkas, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) merupakan penjenamaan semula Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan musim 2023-2024 merupakan musim terakhir kejohanan tersebut diadakan.

Ad

Seiring dengan penjenamaan semula ACLE, AFC turut mengumumkan pusingan akhir kejohanan bakal berlangsung di Arab Saudi untuk musim 2024-2025 dan 2025-2026.

Ad

Pusingan akhir ACLE ini merangkumi aksi suku akhir, separuh akhir dan final dengan semua perlawanan diadakan di satu negara.

Tidak seperti ACL yang menyaksikan perlawanan timbal balik untuk tiga pusingan berkenaan, kesemua perlawanan fasa ini merupakan perlawanan kalah mati.

Ad

AFC telah membuka hak bidaan tuan rumah pusingan ACLE kepada semua negara anggota yang berminat pada 12 September lalu.

Ad

Ini membawa kepada bidaan yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) dan Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA).

Dari situ, bidaan SAFF dipilih oleh AFC kerana dilihat memenuhi semua keperluan untuk pusingan akhir kejohanan baru itu terutama dari segi infrastruktur dan sistem sokongan.

Arab Saudi juga diberi peluang menjadi tuan rumah pusingan akhir ACLE dari musim 2026-2027 hingga 2028-2029.

Bagaimanapun, lanjutan hak tuan rumah ini bergantung kepada penilaian AFC terhadap mutu penganjuran pusingan ACLE selama dua musim di negara itu.

Selain itu, AFC juga akan menilai sekiranya ada negara yang berminat menjadi tuan rumah pusingan akhir ACLE selepas tempoh penganjuran dua musim yang diraih SAFF tamat.

Pemenang dan finalis ACLE dijangka menerima hadiah kewangan masing-masing berjumlah AS$12 juta (RM55 juta) dan AS$6 juta (RM27 juta).