Kelab Malaysia Berpeluang Sertai AFC Challenge Cup
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab-kelab Malaysia kini berpeluang mengintai satu lagi slot kelayakan ke peringkat Asia. Ini selepas AFC memperkenalkan kejohanan baru yang bakal bermula pada musim 2024-2025 iaitu AFC Challenge Cup (ACC).

AFC dalam satu kenyataan melihat ini sebagai usaha reformasi bagi mewujudkan persekitaran komersial yang lebih menguntungkan buat ahli-ahli badan induk bola sepak Asia itu.

Selain ACC, AFC turut mengubah nama dua kejohanan benua sebelumnya iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC kepada Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Di samping itu, AFC turut mengumumkan kenaikan nilai hadiah yang diterima pemenang dan finalis ACLE bermula musim 2024-2025. Pemenang dan finalis ACLE dijangka menerima hadiah kewangan masing-masing berjumlah AS$12 juta (RM55 juta) dan AS$6 juta (RM27 juta).

Jumlah tersebut jauh lebih banyak daripada apa yang diterima pemenang dan finalis ACL musim 2023-2024 dengan masing-masing menerima AS$8 juta (RM37 juta) dan AS$2 juta (RM9 juta).

Advertisements

Buat masa ini, tidak diketahui berapa slot kelayakan akan ditawarkan untuk saingan ACC. Untuk makluman, Malaysia hanya diperuntukkan satu slot kelayakan ke ACL dan satu slot kelayakan ke Piala AFC mengikut peruntukan kelayakan AFC untuk musim 2024-2025.

Yang pasti, kejohanan ACC ini bakal meningkatkan persaingan antara kelab-kelab negara yang berhajat beraksi di pentas benua seperti yang dialami Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Terengganu FC dan Sabah FC.

Advertisements

JDT FC bakal beraksi di peringkat kumpulan ACL musim ini. Sementara skuad Penyu dan Badak pula merupakan wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC 2023-2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram