Kelab Malaysia Diletakkan Di Tahap 2 Saingan AFC
Asia
Asian Football Confederation
Advertisements

Bermula musim 2024-2025, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal memperkenalkan tiga tahap pertandingan AFC berbanding dua ketika ini iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC. Dan bermula pada musim berkenaan, Malaysia hanya mempunyai satu slot ACL dan satu slot Piala AFC.

Perubahan ini sudah dijangka sejak AFC mengumumkan perubahan format pertandingan mereka pada tahun lepas. Mengikut tiga tahap pertandingan yang dinyatakan, tahap satu ialah ACL, tahap dua (Piala AFC) dan tahap tiga (pertandingan yang masih belum dinamakan).

Mengikut laporan SNE Sports, penentuan kedudukan Malaysia dan jumlah slot kejohanan Asia ini untuk negara ditentukan oleh Ranking Pertandingan Kelab AFC untuk musim 2022. Berdasarkan kiraan mata, negara merekodkan 29.951 mata sekaligus meletakkannya pada kedudukan ke-13 di peringkat Asia berbanding ke-20 sebelum ini dan keenam di Asia Timur.

Advertisements

Keadaan ini disumbang oleh pungutan mata liga domestik dan pencapaian kelab negara dalam kejohanan AFC dari 2014 hingga 2022. Ini termasuk kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL musim lepas.

Dengan Liga Super menduduki ranking keempat di Asia Timur, format baru bakal menyaksikan hanya satu slot ACL dan satu slot Piala AFC diperuntukkan untuk liga berkenaan. Ini bermakna mana-mana kelab Malaysia yang bercita-cita untuk layak ke pertandingan peringkat Asia selepas ini perlu berusaha keras menambahbaik kualiti skuad mereka.

Dengan JDT menetapkan penanda aras yang tinggi sebagai model kelab yang patut dicontohi, ini sesuatu yang perlu diambil serius oleh kelab-kelab Malaysia lain. Ini bagi meningkatkan peluang menambah slot kejohanan Asia anjuran AFC termasuk ACL untuk Liga Super pada masa hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram