Skuad Malayan Tigress bakal menguji kekuatan pasukan Arab Saudi dalam satu perlawanan persahabatan.
Pasukan wanita negara bimbingan Soleen Al Zoubi telah memanggil seramai 24 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Rabu, 16 Oktober 2024.
Ini sebagai persiapan bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Arab Saudi serta Laos bermula 20 hingga 27 Oktober 2024 di Dubai, UAE.
Berdasarkan senarai tersebut, 18 pemain merupakan skuad yang dibawa ke Kejohanan Women’s International Friendly di Taif, Arab Saudi pada 18 hingga 30 September 2023 yang lalu
Selain itu, Soleen juga telah memanggil 7 pemain baharu bagi kem latihan pusat ini iaitu Rocillyeka Lole, Nurfarisya Hanim, Nurhadfina Firdaus, Fatin Alissa Qistyna Juliana Barek, Ayuna Anjani dan Waitie Taming.
Dua aksi persahabatan antarabangsa ini adalah sebahagian daripada persiapan pasukan menghadapi Piala AFF Wanita di Laos yang dijadualkan bermula 23 November hadapan.
Skuad Malayan Tigress dijadual memulakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 ini dengan perlawanan pertama menentang Arab Saudi pada Rabu, 23 Oktober 2024.
Seeterusnya Laos pada Sabtu, 26 Oktober 2024 di mana skuad kendalian Soleen Al-Zoubi ini dijadualkan berlepas ke Dubai, UAE pada Ahad, 20 Oktober 2024.