Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi mencatatkan jurang saham dengan tonggak baharu negara, Wan Kuzain Wan Kamal.
Tonggak berusia 24 tahun itu diketepikan daripada tugasan kebangsaan sejak November susulan kecederaan ketika membantu Harimau Malaya pada kempen Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Beliau kini bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjalani kem pra-musim di Sepanyol.
Sementara itu, Malaysia akhirnya menerima sentuhan daripada pemain tengah kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain yang menyarung jersi kebangsaan.
Pemain berusia 28 tahun itu membantu skuad kebangsaan bagi kempen ASEAN Hyundai Cup 2026dan beraksi selaku pemain gantian menentang Thailand, malam Sabtu.
Sentuhannya membantu Malaysia untuk merakam dua kemenangan dan satu tewas – kinu menduduki tangga kedua Kumpulan A dengan enam mata.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, Arif Aiman kekal menjadi antara salah seorang pemain paling bernilai skuad Harimau Malaya dengan 700,000 Euro (RM3.3 Juta).
Kuzain pula dinilai pada tanda harga 150,000 Euro (RM706,000) sekali gus mencatatkan jurang nilai pasaran sekitar RM2.6 Juta berdasarkan kemas kini semasa pengkalan data bola sepak terkemuka itu.
Misi besar kini menanti Kuzain dan Harimau Malaya bagi aksi terakhir kumpulan bagi menentang Filipina di laman sendiri pada Sabtu, 8 Ogos 2026 jam 9.00 malam (waktu Malaysia).