Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menjawa spekulasi masa depannya bersama pasukan.
Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan apabila menundukkan jaguh China, Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0.
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu beraksi cemerlang pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila meledak dua gol menentang Shanghai Port.
Beliau kini menjadi antara penjaring terbanyak dalam kancah tertinggi bola sepak Asia selepas hanya dua perlawanan.
Arif Aiman mengakui terharu dengan peluang beraksi di JDT yang sentiasa bersaing berdepan kelab elit di Asia sekaligus membantunya untuk meningkatkan prestasi.
“Saya menikmati setiap masa di sini kerana pada usia mudalah saya perlu bekerja keras. Bukan senang dapat peluang beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) melawan pasukan terbaik asia.
“Saya selalu mengingatkan diri saya untuk tidak berasa selesa dan relaks selain terus bekerja keras,” ujarnya selepas perlawanan menentang Shanghai Shenhua.
Beliau juga mengakui mahu terus bekerja keras agar dapat membantu JDT dan menyimpan hasrat untuk kekal bersama pasukan itu selama mungkin.
“Kalau boleh dalam karier saya, saya nak kekal di sini (JDT) sampai bila-bila. Akan tetapi, tengok juga kepada prestasi saya, saya perlu bekerja keras sampai saya berjaya,” tambahnya.
Ujian ketiga JDT adalah menentang wakil Korea, Gwangju pada 22 Oktober 2024 di laman lawan yang memiliki rekod cemerlang di ACLE musim ini.
[…] Source link […]