Arif Aiman Kini Pemain Ke-3 Paling Bernilai JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini menjadi pemain ketiga termahal pasukan.

Tonggak berusia 22 tahun itu baru sahaja selesai tugasan untuk membantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Beliau membalas kepercayaan oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti apabila beraksi cemerlang pada dua perlawanan menentang Filipina dan Lubnan.

Ad

Arif sebelum ini terlepas panggilan kem negara ketika dua aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026 akibat kecederaan kembali mempamerkan rentak sebenar.

Berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai Arif Aiman kini mencecah 550,000 USD (RM2.6 Juta) dan menjadi tonggak ketiga paling bernilai Harimau Selatan.

Ad

Pemain termahal JDT kini disandang oleh kapten pasukan, Jordi Amat yang dinilai pada tanda harga 800,000 Euro (RM3.8 Juta).

Ad

Tonggak kedua paling bernilai di bawah kendalian Hector Bidoglio ialah perancang tengah, Iker Undabarrena pada tanda harga 700,000 Euro (RM3.3 Juta).

Ad

JDT bakal menempuhi cabaran besar untuk melonjakkan nama Malaysia dan kelab di Asia apabila bakal bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bermula September ini.