Ads
DNA Sepanyol Pau Marti Mula Meresap Dalam Jiwa Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia

DNA Sepanyol yang cuba dibina oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti kelihatan sudah meresap dalam jiwa pemain Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia mencatatkan dua kemenangan berdepan Filipina dan juga Lubnan untuk mengumpul tambahan +10.16 mata dan muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Skuad negara juga mempamerkan persembahan meyakinkan sungguhpun berdepan lawan Timur Tengah dan menamatkan penantian 25 perlawanan tanpa kemenangan.

Advertisements
Advertisements

Statistik berdepan Lubnan membuktikan Harimau Malaya berada pada landasan terbaik untuk membawa falsafah bola sepak yang mahu diterapkan oleh bekas pengendali Barcelona B itu.

Malaysia mencatatkan satu gol, 4 percubaan tepat, 8 percubaan secara keseluruhan selain menguasai hampir 57 peratus permainan.

Advertisements

Harimau Malaya juga merakamkan 89 kali serangan dengan 42 daripadanya direkodkan sebagai berbahaya berbanding 24 kali buat Lubnan.

Menerusi laporan daripada wartawan MakanBola, Syafiq Freman memaklumkan bahawa keserasian dalam kem negara juga berada pada tahap terbaik.

Harimau Malaya akan menguji New Zealand bagi satu aksi persahabatan Oktober ini sebagai persediaan menjelang sepak mula Piala AFF Mitshubishi Electric 2024 dan Kelayakan Piala Asia 2027.

Advertisements

Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia selepas kempen cemerlang September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram