Ads
Pau Marti: Sukar Tapi Harimau Malaya Layak Muncul Juara
Harimau Malaya
FA Malaysia

Harimau Malaya mempamerkan perjuangan hebat untuk menundukkan Lubnan sekaligus muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas skuad negara menewaskan Lubnan pada aksi final Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Skuad kebangsaan berjuang hebat untuk meraih jaringan dan mengekang asakan daripada pasukan ke-116 dunia itu.

Advertisements
Advertisements

Katanya, para pemain dapat mempamerkan aspek taktikal seperti yang direncanakan untuk menundukkan lawan dari Timur Tengah itu.

“Kita mengharungi aksi yang sukar dengan cabaran daripada Lubnan namun Harimau Malaya layak untuk menang hari ini.

Advertisements

“Pada babak pertama kita beraksi amat baik dan kita berdepan lawan yang amat fizikal sudah tentunya sukar. Kita juga ada peluang untuk menjaringkan 1-2 menerusi serangan balas namun tidak berjaya,” jelasnya ketika ditemui selepas perlawanan di SNBJ hari ini.

Pau juga yakin Malaysia memiliki barisan pemain berkualiti yang sedia diturunkan pada bila-bila masa.

“Semua pemain amat bagus. Ini mesej yang bagus bahawa semua pemain perlu bersedia untuk beraksi. Kita ada 26 pemain yang berkualiti untuk bermain dan saya amat gembira,” tambahnya lagi.

Kemenangan kedua di bawah kendalian pengendali Sepanyol itu membolehkan skuad negara meraih tambahan +10.16 mata FIFA daripada dua aksi dan meraih satu trofi.

Advertisements

Malaysia akan meneruskan perjuangan menentang New Zealand pada aksi persahabatan Oktober ini dan beraksi di Piala AFF Mitshubishi Electric 2024 , Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram