Arif Aiman Mulakan Karier Sebagai Pemain Tengah
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemain berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman memulakan karier sebagai pemain tengah.

Perkara ini dikongsikan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar dalam sesi audio siar kepada Hanif Miswan di Koppa.

Ad

Beliau memaklumkan bahawa Arif merupakan antara pemain paling menyerlah dalam skuad B-12 NFDP namun berdepan saingan sengit.

Ad

Hal ini susulan perkembangan fizikalnya yang agak lambat menyebabkan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan NFDP bagi mengembangkan kariernya.

Safirul juga memberitahu semasa Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia ini beraksi di NFDP kendalian Lim Teong Kim, beliau memainkan peranan sebagai pemain tengah.

Ad

“Kita (NFDP) mendapat Arif pada usia 10 tahun Beliau merupakan pemain paling berbakat ketika itu namun memasuki usia 13 tahun, perubahan fizikal rakan sepasukan menyebabkan beliau bergelut.

Ad

“Dia tak pernah bermain sebagai pemain sayap ketika ini. Posisinya adalah selalu nombor 10 atau nombor 8. Posisinya adalah di tengah. Beliau tidak pernah beraksi sebagai pemain tengah pada masa itu.

Ad

Beliau turut memaklumkan bahawa Arif sudah memiliki potensi yang amat baik terutamanya untuk mengawal bola di kaki pada usia yang amat muda.

“Setiap pemain ada kemajuan tersendiri. Pada usia 18 ke 19 tahun baru kita melihat beliau memiliki saiz dan dengan tahap bola sepak yang telah digilap pada masa itu, dan beliau diubah beraksi sebagai pemain sayap,” jelasnya.

Beliau mengakui bahawa kualiti pemain tempatan dan import di JDT telah membantu kemajuan Arif Aiman dengan begitu memberangsangkan.