Arif Aiman Sarung Jersi No.10 JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi pemilik jersi nombor 10 pasukan Harimau Selatan itu.

Kelibat Arif Aiman menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila beliau diberi peranan untuk memakai lilitan ketua pasukan JDT dalam aksi persahabatan menentang Chelsea pada Ahad.

Senarai kesebelasan utama pasukan Harimau Selatan yang dikeluarkan pada sebelah petang menyaksikan Arif Aiman tidak lagi memakai jersi nombor 42 yang biasanya digunakan sejak beliau melakukan debut bersama JDT.

Sebaliknya, Arif Aiman memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini pernah digunakan oleh bekas tonggak import JDT, Chico Geraldes dan Jonathan Vieira beberapa musim yang lalu.

Kini, jersi nombor 10 itu bakal menjadi milik Arif Aiman pada aksi bertemu Chelsea malam ini dan dijangka kekal digunakan oleh bintang berusia 24 tahun itu menjelang saingan Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

Perlawanan Chelsea vs JDT dijadualkan bermula jam 8 malam ini dengan siaran langsung dapat ditonton menerusi siaran Astro Arena.