Ads
Arsenal Tunjuk Reaksi Sakit Mental, Ungkit Sejarah Lama
EPL
Arsenal

Seakan tidak berpuas hati melihat musuh tradisi mereka, Manchester United bergelar juara The FA Cup semalam, Arsenal dilihat menyatakan rekod mereka dalam kejohanan tersebut.

Advertisements

Aksi final The FA Cup menyaksikan United muncul juara buat kali pertama sejak 2015/16 dengan menewaskan musuh setempat, Manchester City.

Advertisements

Dua pemain muda, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo meledakkan gol buat The Red Devils. Sementara pemain sayap Belgium, Jeremy Doku menjaringkan gol saguhati buat City.

Advertisements
Advertisements

Tatkala pemain dan penyokong United meraikan kejuaraan The FA Cup buat kali ke-13, Arsenal mengingatkan semua bahawa mereka masih memiliki rekod sebagai pemenang kejohanan terbanyak dalam sejarah.

Hakikat ini dinyatakan menerusi satu kuiz yang diadakan di laman sesawang rasmi The Gunners semalam.

Advertisements

“Kami mempunyai legasi dalam Piala FA, tiada pasukan lain yang pernah menjulang trofi itu dengan rekod sebanyak 14 kali termasuk tujuh kali pada abad ke-21.

“Tapi berapa ramai pemain yang mendapat pingat kemenangan dalam tempoh tersebut yang anda ingat? kata kelab dalam kuiz berkenaan.

Sebaik kuiz tersebut disiarkan di platform media sosial pasukan itu, ramai peminat mengusik dengan mengatakan Arsenal sebenarnya mencemburui pencapaian yang dilakar United.

Advertisements

The Gunners menamatkan musim 2023/24 selaku naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang juara, City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram