Asal Usul Penalti Panenka, Kenali Sejarah Hakiki Penalti Unik Ini
Dunia
Youtube/Freekickerz
Advertisements

Dalam kancah bola sepak antarabangsa, semua sedia maklum bahawa Panenka merupakan antara teknik yang digunakan seseorang pemain semasa mengambil sepakan penalti.

Semasa sepakan diambil, seseorang pemain itu tidak akan menyepak bola ke kiri atau kanan penjaga gol, namun cukup sekadar memberikan sentuhan ringan di bawah bola, menyebabkan ia naik dan turun di bahagian tengah gawang. Gaya sepakan ini juga seolah-olah untuk memperdayakan dan mengelirukan seseorang penjaga gol.  

Teknik ini telah dicipta oleh pemain Czech, Antonín Panenka, yang kali pertama diperkenalkan kepada dunia dalam perlawanan akhir UEFA Euro 1976 di Belgrade, apabila pasukannya berjaya menewaskan Jerman Barat. 

Advertisements

Ketika itu, Antonin Panenka melangkah untuk mengambil penalti kelima buat Czechoslovakia. Beliau berpura-pura untuk merembat ke tepi gawang, menyebabkan penjaga gol Jerman Barat Sepp Maier terbang ke arah kiri gawang, dan kemudian Panenka dengan perlahan-lahan merembat bola ke tengah jaring. Penjaga gol Jerman Barat, Sepp Maier menjadi pemain pertama diperdaya dengan teknik sepakan tersebut.

Selepas teknik itu diperkenalkan, ia telah menjadi satu fenomena dalam dunia bola sepak hingga kini. Ramai dalam kalangan pemain bola sepak yang berlatih dan mencuba untuk menjaringkan sepakan penalti dengan teknik Panenka.

Gaya sepakan penalti ini juga dipanggil Cucchiaio di Itali, Cavadinha di Brazil dan Penal Picado di Argentina dan beberapa tempat lain di Amerika Selatan. Lagenda bola sepak dunia, Pelé pernah menyifatkan bahawa teknik sepakan Panenka ini “Sama ada genius atau gila”.

Advertisements

Sebelum ini tular sepakan penalti panenka tidak menjadi Safawi Rasid, namun ianya adalah lumrah kerana bukan semua sepakan panenka itu menjadi.

Sepakan panenka mampu memberikan keyakinan luar biasa seandainya sepakan tersebut menjadi dan ianya turut mempunyai risiko tinggi seandainya penjaga gawang dapat membaca gerakan penanka lebih awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram