Advertisement
Panenka Tak Menjadi Safawi Rasid Warnai Kemenangan Johor Darul Ta’zim
TV
MakanBola
UNIFI

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid mencuri perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air dengan aksi beliau dalam mengambil sepakan penalti. Aksi Safawi itu ternyata mengundang pelbagai reaksi sesiapa yang menonton.

JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas hantaran yang cuba dilakukan Akhyar Rashid terkena tangan pertahanan Sabah. Pada ketika itu JDT sudah mendahului Sabah 2-0.

Safawi yang turun selaku pemain gantian bertindak mengambil sepakan penalti itu. Namun, sepakan ‘panenka’ ala Andrea Pirlo itu mudah ditangkap oleh Rozaimie di gawang gol Sabah.

Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 selepas penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva menjaringkan 2 gol manakala satu gol lagi dihasilkan oleh pemain tengah dari Argentina, Leandro Velazquez. Dengan kemenangan ini, JDT mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia.