Aksi Lucu Penjaga Gol Buat Young Elephants Derita
TV
MakanBola
Astro Arena
Advertisements

Kelab Laos, Young Elephants mengalami kekalahan pertama dalam saingan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 gara-gara kelalaian penjaga gol mereka hari ini.

Young Elephants turun menentang kelab Singapore Premier League (SPL), Balestier Khalsa dengan misi mengutip tiga mata.

Advertisements

Kedua-dua pasukan tahu selain tiga mata, gol juga bakal menjadi fokus. Ini kerana format baru SAC 2024 menyaksikan setiap gol yang dijaringkan bernilai satu mata.

Balestier Khalsa yang dibimbing Peter de Roo memanfaatkan status sebagai pasukan pilihan dengan memberi tekanan ke atas The Elephants.

Advertisements

Tekanan yang dikenakan Hala Tigers menyaksikan kapten Young Elephants, Manolom Phetphakdy lambat membuat hantaran kepada penjaga gol, Solasak Thilavong.

Hantaran tersebut pantas dipintas Kodai Tanaka sebelum melarikan bola ke arah gawang The Elephants yang terbuka. Solasak yang panik bertindak menerjah bekas penyerang Lion City Sailors itu dalam kotak penalti.

Advertisements

Tindakan penjaga gol tersebut dikesan pengadil perlawanan, Harris Sharuddin. Beliau kemudiannya menganugerahkan sepakan penalti kepada Hala Tigers dan melayangkan kad merah kepada Solasak.

Penalti tersebut mudah disempurnakan Tanaka sekaligus membantu Balestier Khalsa meraih kemenangan ke atas kelab Laos itu.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Hala Tigers mendahului carta SAC 2024 buat sementara waktu dengan empat mata. Walau bagaimanapun, kedudukan ini dijangka berubah apabila Selangor FC dan Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) turun beraksi malam ini.

Insiden tersebut dijangka membakar semangat Young Elephants yang dibimbing jurulatih, Phoutpasong Sengdalavong untuk bangkit dalam aksi kedua SAC 2024.

Advertisements

The Elephants bakal berhadapan Selangor untuk aksi kedua kejohanan pra-musim itu pada 28 April ini.

News Comments Account