Tindakan Berani Penjaga Gol Lion City ‘Serang’ JDT Curi Tumpuan
TV
Lion City Sailors FC
Advertisements

Tindakan penjaga gol Lion City Sailors, Zharfan Rohaizad mencuri tumpuan penyokong tuan rumah dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam.

Zharfan yang diturunkan sebagai penjaga gol utama The Sailors dilihat naik ke atas semasa sepakan sudut diambil pasukan itu.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu bukan saja berusaha membantu The Sailors kembali melancarkan serangan ke atas Harimau Selatan.

Advertisements

Malah, Zharfan juga tidak teragak-agak bersaing dengan bek kiri kebangsaan, Corbin Ong dalam mendapatkan bola.

Video tindakan berani bekas penjaga gol Tanjong Pagar United itu turut dimuatnaik The Sailors ke platform media sosial mereka hari ini.

Ramai peminat kagum dengan keberanian yang ditampilkan Zharfan dalam perlawanan tersebut. Malah, ada yang menyamakan kelibatnya seperti penjaga gol Paraguay, Jose Luis Chilavert.

Advertisements

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-1 JDT ke atas tuan rumah. Kini, kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram