JDT Benam Skuad Tempang Lion City Sailors
Persahabatan
Lion City Sailors
Advertisements

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod cemerlang dalam aksi persahabatan antarabangsa apabila menewaskan kelab Singapura, Lion City Sailors.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi aksi kali ini.

JDT memberi peluang kepada muka baharu seperti Romel Morales, Nicolao Dimitru selain beberapa pemain seperti Junior Eldstal dan Nazmi Faiz kembali beraksi.

Advertisements

Aksi bagaimanapun berlangsung rancak pada 15 minit pertama dengan skuad Harimau Selatan membuka akaun jaringan seawal minit ke-9 menerusi jaringan Nicolao Dimitru.

JDT kelihatan begitu selesa dalam aksi ini apabila menambah jaringan kedua pada minit ke-24 hasil ledakan penyudah penyerang naturalisasi negara, Romel Morales.

Advertisements

The Sailors kembali merapatkan kedudukan selepas bintang baharu, Maxime Lestienne berjaya melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-37.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-1 memihak kepada JDT.

Advertisements

Bersambung babak kedua, tuan rumah cuba mengatur gerak untuk memberi tekanan kepada Harimau Selatan.

Beberapa pertukaran rancak dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun tuan rumah terpaksa berjuang dengan 10 pemain selepas Hami Syahin dilayangkan kad merah.

Advertisements

Situasi ini jelas menyebabkan pasukan tempang ketika skuad Harimau Selatan turut memamperkan aksi terbaik tanpa beberapa tonggak utama.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan tamat akhirnya memihak kepada JDT dengan kemenangan tipis 2-1.

Perlawanan seterusnya menyaksikan JDT akan bertemu Lion City Sailors sekali lagi pada 8 April 2024 jam 10 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram