Aksi Lucu Penjaga Gol Jerman Curi Perhatian Netizen
TV
Viaplay Sport Polska
Advertisements

Gelagat lucu seorang penjaga gol Jerman menjaringkan gol sendiri dalam saingan 2. Bundesliga mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu video yang dimuatnaik akaun rasmi Instagram Bundesliga, penjaga gol Hamburger SV, Daniel Heuer Fernandes dilihat melakukan hantaran rutin kepada rakan sepasukannya.

Walau bagaimanapun, tindakan pemain Hamburger menghantar bola kembali kepadanya menyebabkan Fernandes tergesa-gesa kembali ke gawang.

Advertisements

Penjaga gol berusia 31 tahun itu berusaha mengeluarkan bola tetapi malangnya, itu tidak berlaku. Sebaliknya, Fernandes secara tidak sengaja menyepak bola dengan kuat ke gawangnya sendiri.

Insiden ini berlaku pada minit ke-27 dalam aksi 2. Bundesliga antara FC St. Pauli dengan HSV yang berlaku pada 2 Disember 2023.

Advertisements

Pemain tengah Australia, Jackson Irvine sebelum itu meletakkan St. Pauli di hadapan pada minit ke-15. Dua gol tersebut menyaksikan Hamburger ketinggalan 2-0 semasa rehat.

HSV kemudiannya bangkit pada babak kedua menerusi Robert Glatzel (minit ke-58) dan Immanuel Pherai (minit ke-60). Dua gol tersebut memastikan Hamburger pulang dengan satu mata.

Advertisements

Meskipun insiden ini berlaku pada Disember tahun lalu, ramai pengguna media sosial menyifatkan Fernandes tidak bernasib baik kerana tidak dapat mengeluarkan bola dengan baik.

Ada juga yang berjenaka dengan mengatakan Fernandes ingin merasai perasaan sebagai penyerang. Hal ini dinyatakan pengguna Instagram, oritse.6.

Advertisements

“Kejutan dalam plot: penjaga gol nak tahu apa perasaan menyepak bola ke dalam jaring,” katanya di ruang komen Instagram Bundesliga.

Fernandes boleh menghela nafas lega kerana HSV menewaskan St. Pauli 1-0 dalam aksi terbaru 2. Bundesliga semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram