Cara Unik Hantar Bola Perlawanan Di Perancis Guna Helikopter
TV
Canal+Foot
Advertisements

Perlawanan kelab bola sepak Perancis, Brest dan AS Monaco semalam mencuri tumpuan penyokong ekoran cara penghantaran bola perlawanan yang unik.

Perlawanan Ligue 1 itu yang berlangsung di Stade Francis-Le Ble menyaksikan bola perlawanan dihantar oleh helikopter Tentera Laut Perancis.

Krew helikopter kemudiannya menurunkan tentera yang bertanggungjawab membawa bola ke tengah padang.

Advertisements

Tentera tersebut kemudiannya menyerahkan bola kepada pegawai perlawanan yang bertugas pada hari itu.

Video penghantaran bola unik tersebut dikongsikan oleh stesen televisyen Canal+Foot di platform X semalam.

Sebaik video tersebut dikongsikan di platform tersebut, ramai peminat bola sepak terutama di luar Perancis teruja melihat penghantaran bola berkenaan.

Advertisements

Ini kerana cara penghantaran bola yang dibuat bukan saja bersifat lain dari yang lain. Malah, ini secara tidak langsung mendorong penonton memberi penghormatan kepada krew Tentera Laut Perancis yang bertanggungjawab membuat penghantaran bola.

Perlawanan Brest-Monaco berakhir dengan kemenangan 2-0 buat pelawat. Denis Zakaria meletakkan Monaco di hadapan pada minit ke-40.

Bekas pemain sayap Jepun, Takumi Minamino memastikan kemenangan pelawat dengan gol kedua pada minit ke-48.

Advertisements

Meskipun The Red and Whites dipaksa bermain dengan sembilan orang selepas Eliesse Ben Seghir dan Wilfried Singo dibuang padang, pelawat tetap unggul sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini membolehkan Monaco mengukuhkan cengkaman di tempat kedua dengan 55 mata, dua mata di hadapan Brest.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram