Malaysia akan berdepan cabaran sukar dalam saingan ASEAN Futsal Championship 2026. Ini berdasarkan cabutan undi kejohanan yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini kerana anak buah Addie Azwan Zainal akan menentang negara jiran, Indonesia dalam Kumpulan B.
Indonesia hadir dalam kejohanan dengan reputasi selaku naib juara Piala Asia Futsal 2026 baru-baru ini.
Selain Indonesia, skuad negara juga akan berdepan cabaran Australia. Australia memiliki ranking lebih baik dengan menduduki tangga ke-51.
Kemboja dan Brunei melengkapkan senarai lima pasukan yang berada dalam Kumpulan B.
Kumpulan A pula menyaksikan Thailand yang dibimbing bekas jurulatih negara, Rakhpol Sainetngam berdepan cabaran Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.
ASEAN Futsal Championship 2026 bakal berlangsung di Nonthaburi, Thailand dari 5 hingga 13 April ini.