Aset Inter Milan Bakal Jadi Pemain Terbaru Timnas Indonesia?
Asia Tenggara
Inter
Advertisements

Penjaga gol Inter Milan, Emil Audero dilihat ketika ini menjadi bualan netizen tanah air berikutan kemunculan bendera Merah Putih di profil media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Emil Audero dalam pada itu berkongsi tentang pengalaman awal kariernya sehingga mendapat tempat ke peringkat Serie A bersama Inter Milan.

Beliau menjelaskan karier awalnya bukan sebagai penjaga gawang, Emil pernah meledak gol yang pertama kali sebagai pemain biasa.

Advertisements

“Ketika itu saya tidak bermain sebagai penjaga gol, jadi saya masih ingat gol pertama yang saya jaringkan,” kata Audero dalam program perlawanan rasmi Nerazzurri lewat pagi tadi.

Sementara itu, perhatiannya bukan sahaja di peringkat Serie A bersama Inter Milan, tetapi juga kepada prestasinya dan tindak balas keluarganya berhubung kemungkinan beliau akan dinaturalisasi ke pasukan kebangsaan Indonesia.

Walau bagaimana statusnya belum diketahui secara rasmi sama ada beliau akan menjadi pemain terbaru Timnas Indonesia.

Advertisements

Untuk rekod, musim ini Emil Audero hanya mencatatkan 300 minit permainan daripada tiga saingan di seluruh perlawanan bersama Inter Milan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram