Advertising
Asmawi Bakiri Analisis Cara Thailand Jaring 10 Gol Lawan Timor Leste
MakanBola
Changsuek

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Asmawi Bakiri melihat corak permainan Thailand yang menyerang sebagai satu unit menyumbang kepada kemenangan besar 10-0 ke atas Timor Leste.

Aksi pertama Kumpulan A ASEAN Championship 2024 membabitkan skuad Gajah Perang dan Lafaek berlangsung di Stadium Hang Day, Hanoi pada 8 Disember lalu.

Ad

Thailand membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan dengan enam pemain meledakkan gol dalam aksi berkenaan. Ben Davis, Patrik Gustavsson, Suphanat Mueanta, Seksan Ratree, Teerasak Poeiphimai dan Nicholas Mickleson mencetak nama sebagai penjaring.

Ad

Asmawi melihat kesungguhan Thailand memburu gol sebagai satu pasukan bertujuan memberi peluang terbaik kepada pasukan itu untuk pergi jauh dalam saingan ASEAN Championship 2024.

Ini kerana statistik seperti jumlah gol, bilangan gol yang dibolosi dan mata menjadi penentu kemaraan sesebuah pasukan terutama Thailand yang berstatus juara bertahan.

Ad

“Sebab kalau kita tengok (corak permainan) Thailand dalam aksi malam sebelumnya, itu bukan berkenaan permainan individu tetapi semangat berpasukan untuk menyerang dan menjaringkan gol.

Ad

“Lepas menjaringkan gol, mereka bawa bola dan kembali naik ke atas sebab mereka tahu dalam kejohanan sebegini, gol dan gol bolos diambil kira. Saya rasa kita kena buat juga cara macam itu bila menentang Timor Leste,” katanya semasa menjadi panel program Nindia.

Ad

Asmawi turut merasakan corak permainan ini juga perlu digunakan Harimau Malaya apabila bertemu Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ini kerana selepas seri 2-2 menentang Kemboja, Malaysia memerlukan kemenangan bukan saja untuk mengembalikan moral pasukan. Malah, ini memastikan Harimau Malaya memiliki statistik yang baik jika ingin pergi jauh dalam kejohanan itu.

“Sudah tentu beraksi menentang Timor Leste di tempat sendiri, perubahan yang ada kena ambil kira. Sebab Thailand sudah membelasah mereka sampai 10-0.

“Kita dalam perjalanan (untuk layak) kena ambil statistik dalam liga seperti perkiraan jaringan, bilangan gol yang bolos dan mata. Untuk balik ke sini, saya jangkakan permainan lebih bersifat menyerang dan menjaringkan gol.

“Saya tertarik sebab kalau saya lihat senarai (skuad Harimau Malaya) ini, kita ada ramai penyerang. Saya rasa kita ada tujuh atau lapan orang boleh menyerang dan menjaringkan gol dengan menetapkan cara permainan untuk menjaringkan gol,” ujarnya.

Skuad negara dijangka mendapat sokongan padu Ekor Harimau Malaya bila bertemu Timor Leste pada 11 Disember ini.