Asmawi Bakiri: Kumpulan I Kumpulan Dendam Kepada JDT
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri menyifatkan Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) sebagai kumpulan dendam kepada wakil negara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ini kerana dua lagi pasukan yang beraksi dalam kumpulan berkenaan, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai ingin melunaskan dendam terhadap Harimau Selatan selepas dimalukan pada musim lepas.

The Tigers yang dibimbing legenda Korea, Hong Myung-bo tidak akan melupakan dua kekalahan yang dialami mereka di tangan JDT musim lepas. Sementara Frontale pula bernasib baik hanya diikat 0-0 ketika itu.

Advertisements

Dengan ACL musim 2023/2024 kembali menggunakan format perlawanan home (tempat sendiri) dan away (tempat lawan), dua pasukan itu pastinya ingin mengelak dimalukan JDT lagi.

Walaupun format ini dijangka memberi cabaran kepada anak-anak buah Esteban Solari, Asmawi percaya JDT boleh melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL.

“Saya lebih tertarik nak cerita ini, kena rujuk kepada rekod tahun lepas. Cuma tahun lepas itu main di tempat JDT (Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Larkin). Mungkin semua (kelebihan) ada pada JDT.

Advertisements

“Macam saya kata tadi, format kali ini tukar kepada home (tempat sendiri) dan away (tempat lawan). Itu yang menjadikan salah satu penyebab corak permainanlah. Kemudian ini kumpulan dendam sebenarnya.

“Dua kali dengan Hyundai, JDT menang. Main dengan Kawasaki (Frontale), satu kali draw (seri), satu kali kalah. So (Jadi), comeback (bangkit) balik. (BG) Pathum United saja nak main macam manalah.

“Pada kiraan saya, lepas buat kiraan gitu-gitulah, perlu menang home (tempat sendiri) untuk dapatkan point (mata). Yang tiga game away (perlawanan tempat lawan) itu, satu dua (game) perlawanan kena atur menang dan satu dapat draw (seri),” katanya semasa menjadi panel Nindia di Astro Arena semalam.

Advertisements

JDT bakal membuka tirai cabaran Kumpulan I ACL dengan turun menentang Frontale pada 19 September ini.

Dengan memori dibelasah 5-0 masih segar di ingatan penyokong Harimau Selatan musim lepas, ini juga peluang buat tuan rumah menebus kehampaan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram