ACL: JDT Tewas Kepada Kawasaki Frontale
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim meniti kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-juara AFC kumpulan I selepas tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim.

Tanpa kelibat pemain utama seperti Bergson dan Natxo Insa, JDT jelas tempang dan bergelut menghalang kemaraan juara J-League 4 edisi tersebut.

Kawasaki Frontale mengejutkan tuan rumah dengan jaringan sepakan percuma Wakizaka pada minit ke-14 yang meluru laju ke penjuru gawang JDT.

Advertisements

Segalanya seperti tidak menjadi buat JDT selepas Kawasaki sekali lagi memperoleh jaringan mudah dari satu serangan balas pada minit ke-31 disudahkan sempurna oleh Yu Kobayashi menjadikan kedudukan 0-2 memihak kepada Kawasaki.

Kawasaki sekali lagi menghukum kelaian pertahanan JDT menerusi jaringan Yu Kobayashi pada minit ke-43 menerusi satu serangan balas dari sebelah kanan.

Bersambung babak ke-2, JDT merehatkan Fernando Forestieri dan Afiq Fazail digantikan dengan Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz Mansor.

Advertisements

Kawasaki menambah derita tuan rumah menerusi jaringan Marcinho yang menerima hantaran cantik pemain sensasi Thailand, Chanathip Songkrasin pada minit ke-82.

Kawasaki memuktamatkan kemenangan besar mereka dengan jaringan ke-5 disudahkan Chanathip Songkrasin pada minit ke-88.

JDT kini di tangga ke-2 kumpulan I dengan 7 mata selepas 4 perlawanan.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim dijadualkan bertemu Guangzhou pada Rabu, 27 April ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram