Pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengkritik keadaan padang Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) selepas tewas kepada Iraq hari ini.
Beliau mengharapkan keadaan padang perlu berada dalam tahap terbaik seperti yang dimaklumkan kepada mereka sebelum ini.
Indonesia terpaksa akur tewas di laman sendiri dengan keputusan 0-2 ke atas Iraq selepas beraksi dengan 10 pemain sahaja.
Asnawi Mangkualam menjadi pemain gantian Sandy Walsh selepas kad merah yang dilayangkan kepada kapten pasukan, Jordi Amat.
“Keadaan padang hari ini tidak baik dan kami telah diberi amaran beberapa minggu lalu bahawa SUGBK dijangka jauh lebih baik berbanding perlawanan menentang pasukan Kebangsaan Vietnam.
Tambah Asnawi, keadaan padang yang tidak raya menjadi pengaruh utama para pemain gagal beraksi dengan baik.
“Memang ada perubahan. Namun, ia tidak jauh berbeza. Beberapa struktur padang yang tidak rata juga memberi impak yang cukup kepada pemain,” kata Asnawi Mangkualam selepas sidang media tamat permainan dipetik daripada CNN Indonesia.
Ketika ini, Indonesia berada di tangga ke-2 kumpulan F dengan mengumpul 7 mata dan akan bertemu Filipina bagi penentuan ke pusingan seterusnya pada 11 Jun ini.