Ads
Jordi Amat Hukum Indonesia Dengan Kad Merah, Penalti Iraq Terbang Ke Bulan
Asia
Timnas Indonesia

Pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat menghukum pasukan dengan kad merah yang diterimanya pada aksi menentang Iraq.

Advertisements

Pasukan bimbingan Shin Tae-yong terdesak untuk mencari kemenangan berdepan lawan yang kini terlalu handal dalam saingan kumpulan.

Advertisements

Usaha itu berdepan situasi sukar apabila pada awalnya pertahanan muda, Justin Hubner melakukan kesilapan apabila bola terkena tangan dan memberikan lawan sepakan penalti.

Advertisements
Advertisements

Kedudukan berubah menjadi 1-0 namun tatkala usaha Sang Garuda mengatur gerak, serangan balas pantas Iraq sekali lagi menjadi hukuman berat.

Pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berdepan situasi satu lawan satu yang cukup getir menentang Ali Jasim sebelum terpaksa menjatuhkan lawan yang berpeluang menjaringkan gol.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun itu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan yang tidak teragak-agak selepas melihat insiden tersebut.

Indonesia meneruskan baki 30 minit permainan dengan hanya 10 pemain dengan pengendali Korea Selatan itu melakukan beberapa pertukaran penting.

Advertisements

Iraq menerima sepakan penalti namun rembatan penyerang berbisa, Aymen Hussein melambung tinggi melewati jangkauan Ernando Ari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram