Shin Tae-yong Anggap Masa Indonesia Menang Sudah Tiba
Asia
MakanBola
PSSI
Advertisements

Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Indonesia dan Iraq, Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menganggap sudah tiba masanya untuk Indonesia menang.

Tae-yong yang ditemui di sidang media pra-perlawanan berharap anak buahnya percaya dengan diri sendiri walaupun sedar kekuatan Iraq adalah melebihi apa yang Indonesia miliki ketika ini.

Advertisements

“Iraq merupakan pasukan yang bagus. Lebih bagus berbanding Indonesia. Tetapi sekarang sudah tiba waktunya untuk kita cuba meraih kemenangan.

“Apa yang penting, para pemain percaya kepada diri sendiri jadi mungkin akan membuahkan hasil yang lebih baik,” jelas Shin Tae-yong kepada CNN Indonesia.

Advertisements

Pertemuan dengan Iraq ini adalah pertemuan ketiga buat kedua-dua pasukan dalam tempoh enam bulan dan sudah pasti kedua-dua pasukan sudah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan masing-masing.

Untuk rekod, Indonesia kini berada di tangga kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan mengumpul 7 mata selepas empat perlawanan.

Advertisements

Berbaki dua perlawanan, Indonesia kini hanya perlukan satu sahaja kemenangan bagi mengesahkan tempat di pusingan ketiga kelayakan sekali gus meraih tiket automatik ke Piala Asia 2027.

Advertisements

News Comments Account