Malaysia berjaya memperoleh tambahan mata FIFA selepas bangkit menewaskan Timor Leste.
Skuad kendalian Pau Marti turun dengan motivasi tambahan dan bermula baik menerusi ledakan penyerang berbisa, Syafiq Ahmad.
Usaha itu bagaiamanpun disentak apabila dua serangan balas pantas oleh Lafaek yang berjaya meledak dua jaringan menerusi Olagar Xavier dan Joao Pedro pada akhir babak pertama.
Paulo Josue menyelamatkan maruah negara menerusi gol penyamaan pada babak kedua permainan sebelum jaringan keduanya meletakkan skuad negara di hadapan.
Berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA, Malaysia meraih tambahan +1.32 mata FIFA untuk mengumpul mata keseluruhan sebanyak 1117.47 mata sekaligus kekal di tangga 132 dunia.
Ranking Malaysia kini kekal di tangga 132 dunia namun kekal selaku pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (124).
Harimau Malaya kini menghuni tangga teratas kumpulan dengan empat mata manakala Thailand dan Singapura dengan tiga mata setakat ini.
Ujian berikutnya buat skuad negara adalah menentang Thailand pada 14 Disember di Bangkok dalam misi meraih 3 mata penting.