Advertising
Malaysia ‘Berpeluh’ Tundukkan Timor Leste
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan pertama dalam saingan ASEAN Mitsubishi Electric Cup setelah menundukkan Timor Leste dalam aksi penuh epik.

Setelah diikat seri oleh Kemboja dalam aksi pertama, skuad negara kembali ke tanah air untuk melayani kunjungan Timor Leste yang tewas besar 0-10 di tangan Thailand pada Ahad lalu.

Ad

Pau Marti melakukan 7 pertukaran dalam kesebelasan utama dengan Kalamullah diberi peranan untuk mengawal pintu gol negara sambil Timor Leste diketuai oleh pemain sayap, Joao Pedro.

Ad

Permainan jelas dikuasai oleh tuan rumah dengan siri asakan bertali arus menerusi larian deras Najmudin Akmal memaksa Timor leste untuk lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Ad

Kedua-dua pasukan terpaksa melakukan pertukaran awal dengan Timor Leste membawa masuk penjaga gol simpanan dan Fergus Tierney menggantikan Darren Lok yang cedera.

Ad

Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai menerusi Syafiq Ahmad yang menampan cantik hantaran lintang oleh Tierney pada minit ke-37 untuk memberikan Malaysia kelebihan awal.

Ad

Walau bagaimanapun, kelebihan awal itu tidak bertahan lama apabila Olagar Xavier mencetak gol penyamaan untuk Timor Leste di minit ke-45 setelah menerima umpanan Joao Pedro.

Seminit kemudian, Joao Pedro sekali lagi muncul wira Timor Leste setelah meledak jaringan kedua buat pelawat berpunca serangan balas yang memerangkap pertahanan negara.

Separuh masa pertama tamat, Malaysia 1-2 Timor Leste.

Kembali dari rehat, Pau Marti segera melakukan perubahan dengan membawa masuk Endrick Dos Santos serta Fazrul Amir dalam usaha Harimau Malaya untuk memburu jaringan.

Kemasukan Endrick membawa impak apabila hantaran jauh kepada Paulo Josue berjaya disudahkan dengan voli kencang kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Timor Leste, Junildo.

Penyerang KL City itu sekali lagi muncul wira buat Malaysia dengan gol kedua peribadi pada minit ke-82 hasil tandukan deras yang menembusi gawang Timor Leste buat kali ketiga.

Perlawanan di Bukit Jalil berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Malaysia.

Kemenangan ini meletakkan skuad negara di tempat pertama kumpulan A dengan 4 mata setelah 2 perlawanan sementara Timor Leste kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Ujian berat menanti Harimau Malaya apabila bakal terbang ke Bangkok untuk bertemu juara bertahan, Thailand pada Sabtu manakala Timor Leste pula akan menentang Singapura.