Atlas FC Tewas, Terpelosok Di Tangga Pertengahan Liga
Eropah
Atlas FC
Advertisements

Prestasi cemerlang Liga Mexico, Altas FC berakhir selepas mereka tewas dalam aksi liga berdepan pendahulu liga, San Luis.

Perlawanan yang berlangsung di tempat lawan itu menyaksikan ketua jurulatih. Benjamin Mora menurunkan kesebelasan terbaik.

Percaturan ampuh bagaimanapun kurang menjadi selepas ditewaskan dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Atlas FC melancarkan 12 percubaan namun hanya satu tepat ke sasaran sekaligus menyaksikan dua jaringan oleh Leo Bonatini dan Unai Bilbao menyaksikan tuan rumah memperoleh tiga mata.

Mora tidak dapat memastikan kecemerlangan pasukannya berterusan sungguhpun pernah mengejukan beberapa pasukan gergasi MLS seperti Toronto dan New York City.

Kekalahan ini menyaksikan Atlas kini turun ke tangga pertengahan liga selepas 7 perlawanan selepas mencatatkan dua kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Mora tetap mendapat kepercayaan penuh oleh penyokong untuk terus mengemudi pasukan selepas mengharungi jerih perih sepanjang satu musim di sana.

Selepas ini, Atlas akan berdepan Tigres UANL bagi aksi ke-8 untuk terus memperbaiki kedudukan liga sambil sentuhan Mora ditagih untuk memantapkan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram