Benjamin Mora Dapat Kepercayaan Penuh Di Mexico
Eropah
Atlas
Advertisements

Ketua jurulatih Atlas FC, Benjamin Mora kini mendapat kepercayaan penuh penyokong dan peminat bola sepak di Mexico.

Formula yang diterapkan Mora ketika kendalikan pasukan Atlas semakin menjadi dan kejayaannya telah menggembirakan hati ramai penyokong disana.

Selepas menamatkan cabaran saingan Leagues Cup 2023 di pusingan 32 terbaik dengan berdepan beberapa kelab gergasi MLS, kejayaan Atlas dalam kejohanan tersebut telah mendapat pujian dan membanggakan ramai warga Mexico.

Advertisements

Selain menundukkan pasukan-pasukan hebat, Atlas turut berjaya memecah rekod sebagai kelab pertama dari Mexico yang berjaya menumpaskan kelab gergasi MLS sebanyak 2 kali tanpa bolos.

Berdasarkan tinjauan MakanBola di beberapa hantaran yang dimuat naik media Atlas, penyokong Atlas amat percaya dengan percaturan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) itu. Rata-ratanya mengaitkan strategi dari Malaysia yang dibawa & digunapakai Mora di Mexico.

“100% percaya dengan My Malaysian Mora,” ujar Ricardo Ivan.

Advertisements

“Benjamin Mora, kami sedia beri sepenuh sokongan kami buat kamu,” tulis Charles Mendivil.

“Selamat maju jaya Mora, moga musim ini kamu berjaya melakar kejayaan buat Atlas,” ujar Saul Eduardo.

Ketika ini, Mora dan Atlas telah mengharungi tiga perlawanan dalam saingan Liga MX Mexico yang baru sahaja bermula untuk musim ini. Atlas berjaya mengumpul 4 mata setelah mencatat satu kemenangan satu seri dan satu kekalahan.

Advertisements

Mora dijangka akan terus memacu pasukan Atlas untuk meraih banyak kejayaan bersama kelab tersebut bagi musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram