Benjamin Mora Sekali Lagi Buat Gergasi MLS Terduduk
Eropah
Atlas FC
Advertisements

Percaturan pengendali Atlas FC, Benjamin Mora sekali lagi membuahkan hasil apabila pasukannya berjaya menumpaskan kelab gergasi Major League Soccer (MLS) iaitu Toronto FC dalam aksi Leagues Cup 2023.

Perlawanan peringkat Kumpulan N berdepan Toronto FC ini merupakan aksi kedua buat pasukan Atlas selepas mereka berjaya menewaskan New York City tempoh hari. Kemenangan 1-0 keatas Toronto pada semalam memastikan Atlas dinobatkan sebagai juara Kumpulan N.

Gol yang dijaringkan Atlas menerusi Jordy Caicedo seawal minit kedua permainan kekal sehingga tamat perlawanan. 13 percubaan dan enam percubaan tepat yang dicipta anak buah Terry Dunfield tetap gagal menembusi gawang Atlas.

Advertisements

Jika melihat kepada statistik perlawanan, Atlas memperoleh 53 peratus penguasaan bola dan berjaya mencipta 12 percubaan. Kekebalan barisan pertahanan Los Rojinegros dalam menghalang serangan pasukan lawan juga menjadi titik pemisah kemenangan Atlas.

Untuk rekod, Atlas merupakan satu-satunya pasukan Mexico yang berjaya memenangi dua perlawanan dalam saingan Leagues Cup dan menjadi juara kumpulan yang mengutip enam mata, tanpa bolos.

Anak buah bekas pengendali JDT ini bakal meneruskan kempen Leagues Cup 2023 di pusingan 32 pasukan terbaik berdepan pasukan New England pada Khamis, 3 Ogos kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram