Atlet Basikal Dikejarkan Ke Hospital, Berlanggar Ketika Latihan
UltraSukan
Faizal Bazari/Astro Arena
Sponsors

Atlet berbasikal negara dilaporkan mengalami kemalangan ketika sesi latihan dan dikejarkan ke hospital dengan segera.

Menerusi laporan dari wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pelumba basikal trek wanita negara, Nurul Aliana Syafika Azizan mengalami pelanggaran dan pengsan ketika sesi latihan.

Ad
Sponsors

”Terkini, Nurul Aliana Syafika Azizan pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut setelah berlaku pelanggaran semasa sesi pemanas badan,” tulis Faizal di laman X.

Ad

Disebabkan keadaan Aliana yang tidak sedarkan diri, atlet berusia 22 tahun itu dibawa segera ke hospital sambil diiringi jurulatih, John Beasley dan laporan awal mendapati tiada kecederaan di bahagian otak dialami beliau.

“John Beasley iringi Nurul Aliana ke hospital. Aliana masih dalam pemeriksaan awal doktor mengesahkan tiada brain damage. Namun, signal awal keadaan Aliana masih lemah dan dipantau rapi doktor.”

Ad

Pemeriksaan terkini dari pihak perubatan mengesyaki Aliana yang juga pemenang pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou mengalami keretakan di bahagian rusuk beliau.

Ad

“Menurut Harnizam Basri, pemeriksaan berkala doktor mengesyaki Aliana Syafika mengalami keretakan pada bahagian rusuk,” lapor Faizal.

Ad