Aksi persahabatan Tier 2 menyaksikan kelab New Zealand, Auckland mengikat Harimau Malaya dengan keputusan 1-1.
Skuad kendalian Pau Marti membariskan beberapa pemain utama seperti kapten pasukan, Matthew Davies, Syihan Hazmi, Syamer Kutty, Nooa Laine dan lain-lain.
Perlawanan babak pertama berlangsung baik selepas kedua-dua pasukan saling berukar serangan dan merencanakan percaturan pasukan.
Auckland menjaringkan gol pembukaan menerusi ledakan pertahanan kiri, Francis de Vries pada minit ke-25 menewaskan Syihan Hazmi.
Bersambung babak kedua, Harimau Malaya rancak mengatur gerak untuk mendapatkan jaringan penyamaan.
Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila tonggak Selangor, Nooa Laine meledak jaringan pada minit ke-59.
Tambahan masa dua minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Beberapa pemain diberikan peluang beraksi buat Harimau Malaya di sana seperti Azam Azmi, Harith Haiqal, Haqimi Azim dan juga Feroz Baharudin.
Ujian sebenar Malaysia adalah menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024 setelah 18 tahun tidak bertemu sesama sendiri.