Advertising
Aung Kaung Mann Tinggalkan Kelantan DN, Kembali Ke Thailand
Transfer
MakanBola
Phrae United FC

Kelantan DN kini terpaksa akur kehilangan khidmat pemain serangan, Aung Kaung Mann yang menyertai sebuah kelab liga divisyen dua Thailand.

Kuang Man menyertai Kelantan DN pada awal September lalu ketika jendela perpindahan kedua untuk memperkuat barisan serangan skuad jolokan Kijang Emas dalam baki saingan Liga Malaysia.

Walau bagaimanapun, Kaung Mann hanya sempat mencatat 4 penampilan bersama pasukan Pantai Timur itu dengan kali terakhir dilihat beraksi ketika menentang Sri Pahang pada 25 Oktober lalu.

Ad

Selepas itu, Kuang Mann telah dipanggil menyertai pasukan kebangsaaan Myanmar bagi menghadapi ASEAN Mitsubishi Electric Cup, namun hanya mengakhiri cabaran di peringkat kumpulan.

Ad

Pada Jumaat, satu kenyataan dikeluarkan oleh sebuah kelab liga divisiyen dua Thailand, Phrae United yang menyaksikan Aung Kaung Mann diumumkan sebagai pemain baharu kelab tersebut.

”Phrae United mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann dari Kelantan Darul Naim,” umum pihak kelab menerusi satu kenyataan.

Ad
Ad

“Aung Kaung Mann akan memakai baju nombor 16 ke padang untuk The Horsemen dalam aksi Liga Kedua Thai di pusingan ke-2,” ujar kelab yang berpangkalan di Phrae, utara Thailand itu.

Ad

Aung Kaung Mann yang berusia 26 tahun sebelum ini pernah beraksi untuk beberapa kelab hebat di Thailand seperti Trat FC, Nakhon Ratchasima FC, Chonburi FC sebelum berkelana ke Malaysia.