Advertisements
Kelantan DN Terima Sentuhan Tonggak Myanmar, Aung Kaung Mann
Transfer
MakanBola
Myanmar FF

Kelantan Darul Naim mengumumkan ketibaan penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann sebagai rekrut terbaharu bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia.

Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran di platform media sosial Kelantan Darul Naim yang menyaksikan Aung Kaung Mann dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Kijang Emas.

Nama Kaung Mann bukanlah asing di Malaysia setelah penyerang muda ini pernah menyarung jersi Sri Pahang pada musim 2021 dan berjaya meledak 2 gol dalam 6 penampilan.

Selepas itu, Kaung Man memilih berkelana ke Thailand dan menyertai beberapa kelab di sana seperti Chonburi, Udon Thani dan kelab terakhir beliau di sana adalah Swat Cat.

Karier antarabangsa, Aung Kaung Mann telah diserap ke skuad Myammar sejak 2018 dan membantu negaranya meraih pingat perak dan gangsa dalam dua edisi Sukan Sea pada 2015 dan 2019.

Untuk tahun 2024, dia masih lagi aktif bermain dengan skuad kebangsaan dan setakat ini Kaung Mann sudah memiliki 18 kaps bersama Myanmar dan menyumbat dua jaringan.

Kaung Mann adalah tonggak ke-4 yang diperkenalkan oleh Kelantan selain ketibaan Fikri Che Soh, Hakimi Abdullah dan Muhaimin Izzudin yang diumumkan sebelum ini.