Aura juara Serie A, Inter Milan kini meresap ke dalam pasukan Borneo, Kuching City.
Pasukan kendalian Aidil Sharin mengharungi musim yang cukup mencabar musim lalu apabila menamatkan saingan di tangga ke-13 dengan hanya dua kemenangan.
Pengendali kelahiran Singapura itu bagaimanapun melakukan tindakan drastik menerusi kemasukan beberapa muka baharu yang sinonim dengan saingan Liga Malaysia.
Persembahan Kuching City juga dilihat berkembang baik termasuklah ketika membenam cabaran wakil Singapura, Hougang United dengan keputusan 1-0 dan mengikat Sabah 0-0.
Naib juara MFL Challenge Cup itu baru sahaia melancarkan jersi baharu bagi musim 2024/25 dengan sebanyak 6 helai jersi termasuk jersi penjaga gol telah diperkenalkan.
Jersi home hadir dengan warna tapak putih dan sedikit elemen hijau dan merah manakala tumpuan peminat adalah kepada jersi away yang mirip pasukan Itali iaitu Inter Milan.
Rata-rata peminat Kuching City tertarik dengan pendekatan konsep yang digunakan bagi jersi kedua pasukan bagi musim baharu.
“Ada jiwa Inter sitok.”
“Kuching City sudah menjadi Inter Milan,” ujar Aminulamry11.
Antara elemen yang turut dekat dengan hati warga Sarawak adalah penggunaan bendera Sarawak yang diletakkan pada bahagian dada baju.
Jersi penjaga gol away juga memiliki iras kepada jersi yang digunakan oleh Nerazzurri pada musim 2019/20 yang menggunakan warna hijau lembut.
Ketiga-tiga jersi yang diperkenalkan oleh The Cats ini boleh didapati dengan harga RM109 sehelai bagi versi replica.