Aksi Piala Sabah Maju Jaya malam ini menyaksikan pertembungan Borneo Derby iaitu Sabah FC menentang Kuching City berakhir dengan keputusan seri.
Sabah terus mengekalkan khidmat pemain import, Park Tae Sue bagi mengetuai pasukan sementara Kuching City dipimpin oleh pemain berpengalaman, Danial Amier di jentera tengah pasukan.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Masing-masing cuba untuk merancang gol.
Pemain baharu Kuching City, Tchetche Kipre hampir membuka jaringan pertama pada minit ke-18 permainan. Namun, sepakannya tersasar.
Anak buah Ong Kim Swee memberi asakan bertali arus, namun pertahanan Kuching City lebih bersedia.
Separuh masa tamat, Sabah 0-0 Kuching City.
Sinopsis yang sama terjadi di separuh masa kedua, kedua-dua buah pasukan gagal menyempurnakan segala peluang yang ada.
Sehingga ke wisel penamat, keputusan seri tanpa jaringan, Sabah 0-0 Kuching City di Stadium Likas, Sabah.
Sabah menghuni tangga kedua mengumpul 5 mata berada di belakang KL City dengan 7 mata.
Selepas ini, Sabah FC bakal bertemu KL City bagi perlawanan akhir Piala Sabah Maju Jaya di Stadium Likas, Sabah pada 5 Mei ini jam 8 malam.