Advertising
Pra-Musim: KL City Kekal Tanpa Kalah, Tundukkan Hougang United
Persahabatan
MakanBola
KL City FC

KL City FC mengesahkan kelayakan ke final Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) apabila menewaskan kelab Singapore Premier League (SPL), Hougang United.

Selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah FC pada 1 Mei lalu, The City Boys yang dibimbing Miroslav Kuljanac perlu meraih kemenangan untuk mengesahkan kelayakan ke final.

Sementara Hougang pula berazam mahu mendapatkan kemenangan selepas tewas kepada Sabah dan Kuching City pada 29 April dan 1 Mei lalu.

Ad

Babak pertama menyaksikan Hougang tampil garang menerusi dua penyerang import mereka, Petar Banovic dan Stjepan Plazonja.

Ad

The Cheetah merencana serangan ke atas kubu pertahanan KL City dengan menggunakan ketinggian yang dimiliki Banovic dan Plazonja sebagai aset.

Keadaan ini memaksa barisan pertahanan The City Boys diketuai bekas bek tengah Sri Pahang, Nick Swirad bekerja keras menangkis ancaman Hougang.

Ad
Ad

KL City turut memiliki beberapa peluang menerusi dua pemain import mereka, Jovan Motika dan Patrick Reichelt tetapi gagal.

Ad

Ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Cheetah terus memberi tekanan kepada KL City untuk memburu gol pembukaan.

Malangnya, barisan pertahanan The City Boys kental menyerap asakan kelab SPL itu. Keadaan ini mendorong jurulatih Hougang, Marko Kraljevic membuat beberapa pertukaran pemain.

Kraljevic berharap kemasukan beberapa pemain baru dapat meningkatkan momentum pasukan itu untuk meraih kemenangan tetapi itu tidak berlaku.

Sebaliknya, anak buah Kuljanac memastikan mereka kekal tanpa kalah dalam saingan SMJ Cup menerusi penyerang muda, Suhaimi Abu. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan KL City kekal menerajui carta SMJ Cup dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan. Walau bagaimanapun, kedudukan ini boleh saja berubah sekiranya Sabah merekodkan kemenangan ke atas Kuching City FC malam ini.