Ads
Australia Rugi Besar Kerana Indonesia
Asia
AFC

Pasukan kebangsaan Australia menanggung rugi besar selepas diikat oleh Indonesia.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu menyaksikan skuad kendalian Graham Arnold terpaksa berputih mata selepas tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua aksi awal.

Advertisements

The Socceroos tewas 0-1 di tangan Bahrain pada aksi pembukaan kumpulan sebelum diberikan tentangan hebat oleh Sang Garuda pada aksi kedua kumpulan.

Advertisements
Advertisements

Keputusan itu meletakkan Australia sebagai pasukan yang paling banyak kehilangan mata FIFA bagi tetingkap bulan September ini.

Pasukan ke-24 dunia itu hilang -26.99 mata selepas dua perlawanan dan turun satu tangga ke kedudukan 25 dunia setakat ini.

Advertisements

Indonesia pula mengalami nasib berbeza apabila mencatatkan peningkatan mendadak ranking FIFA apabila naik 4 tangga ke kedudukan 129 dunia.

Sang Garuda memperoleh tambahan +15.45 mata dan menjadi pasukan ketiga tertinggi menerima tambahan pungutan mata.

Advertisements

China bakal jadi ujian berikutnya buat Australia manakala Indonesia akan bertemu Bahrain pada 10 Oktober 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram