Aksi kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Indonesia berjaya mengikat Australia dengan keputusan 0-0.
Skuad kendalian Shin Tae-yong membariskan nama-nama seperti Celvin Verdonk, Ivar Jenner, Marselino Ferdinan dan juga Rafael Struick dalam kesebelasan utama.
Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.
Australia memiliki dua peluang terbaik untuk mendapatkan gol pembukaan namun rembatan Nestory Irankunda terkena tiang pada minit ke-32.
45 minit pertama permainan berakhir dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, Sang Garuda yang beraksi amat cemerlang di Stadium Gelora Bung Karno terus menggandakan asakan ke arah kubu lawan.
Kemasukan pemain gantian, Adam Taggart yang melepaskan rembatan namun percubaannya tepat ke dakapan penjaga gol, Maarten Paes.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan untuk kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Indonesia kini mengumpul dua mata selepas dua perlawanan manakala The Socceroos dengan satu mata setakat ini.
Aksi berikutnya adalah menentang Bahrain di gelanggang lawan pada bulan Oktober 2024 manakal Australia akan berdepan China pada 10 Oktober 2024.