Dua pencabar terbesar skuad Malaysia B-16 iaitu Australia dan Thailand bakal menjadi ujian sebenar kepada pasukan negara.
Skuad yang kini dibimbing oleh jurulatih baharu iaitu Javier Jorda Ribera akan berdepan Timor-Leste, Australia dan Thailand.
Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 yang dijadualkan berlangsung di Surakarta, Indonesia ini bakal memberikan cabaran hebat untuk skuad negara melayakkan diri ke separuh akhir.
Malaysia dan Australia juga bakal kembali berentap selepas sebelum ini diundi dalam kumpulan sama untuk edisi 2022.
Perlawanan tersebur berakhir dengan keputusan 2-2 sekaligus memberikan kegembiraan buat skuad muda negara.
Indonesia, Singapura, Filipina dan Laos berada dalam Kumpulan A. Manakala Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Brunei Darussalam pula dalam Kumpulan B.
Aksi Australia dan Malaysia dijadualkan berlangsung pada 26 Jun 2024 di Stadium Sriwedari manakala aksi menentang Thailand pada 29 Jun 2024 di Stadium Manahan.
Malaysia B-16 akan membuka tirai berdepan Timor Leste pada Ahad, 23 Jun 2024 jam 7:30 malam.
Skuad muda negara sudah pasti mahu mengulangi pencapaian tahun 2019 apabila muncul juara selepas menundukkan Thailand dengan keputusan 2-1 di laman lawan.
Pada edisi 2022, Malaysia B-16 terkandas pada peringkat kumpulan selepas merekodkan satu kemenangan dan dua seri sahaja.