Australian Open: Lee Zii Jia Atasi Cabaran Sengit S. Sankar Subramanian
UltraSukan
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Australian Open 2024 hari ini.

Zii Jia yang juga pilihan ketiga kejohanan mara selepas menyingkirkan wakil India, S. Sankar Subramanian dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung hari ini.

Ad
Sponsors

Selepas terkandas di peringkat suku akhir Indonesia Open 2024, Zii Jia berharap dapat bangkit sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 bermula.

Ad

Dari segi ranking, kelebihan memihak kepada anak jati Alor Setar, Kedah itu yang menduduki ranking kelapan dunia. Sementara Subramanian pula menduduki ranking ke-77 dunia.

Meskipun begitu, pemain India itu sebenarnya bekas pemain remaja nombor satu dunia dalam acara perseorangan lelaki.

Ad

Dan itu diperlihatkan Subramanian dalam set pertama. Pada awalnya, pemain berusia 20 tahun itu mendahului Zii Jia pada kedudukan 7-5.

Ad

Bekas juara All England 2021 itu kemudiannya berjaya mengejar sebelum mendahului pada kedudukan 11-8. Walaupun Subramanian cuba memberi saingan, Zii Jia terus unggul sebelum menang dengan keputusan 21-16.

Ad

Set kedua menyaksikan beberapa kesilapan yang dilakukan juara Thailand Open 2024 itu membuka ruang buat jaguh India itu mendahului. Zii Jia kemudiannya berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 9-9.

Kedua-dua pemain terus bersaing mendapatkan mata di mana pada satu ketika, kedua-duanya terikat 18-18. Beberapa kesilapan yang dilakukan Zii Jia membenarkan Subramanian meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-18.

Ini memaksa perlawanan diheret ke set penentuan. Zii Jia tampil garang dengan meraih kelebihan besar pada kedudukan 9-2.

Kelebihan besar yang dimiliki bekas juara Arctic Open 2023 itu terus dilebarkan sehinggalah beliau meraih kemenangan dengan keputusan 21-10.

Zii Jia bakal bertemu sama ada wakil Kanada, Victor Lai atau rakan senegara, Soong Joo Ven di pusingan kedua kejohanan yang bermula esok.