AWCL: PSF Nasaf & Kelab Nepal Jadi Lawan Besar Sabah
UltraSukan
Sabah Women’s FA
Sponsors

Kekuatan Sabah bakal diuji dengan lawan dari Uzbekistan dan Nepal dalam saingan kelayakan AFC Women Champions League (AWCL) 2024/2025.

Sabah yang merupakan juara Liga Wanita Nasional 2023 menjadi wakil tunggal Malaysia ke saingan AWCL dan perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum bersaing di peringkat kumpulan.

Ad
Sponsors

Pada sesi undian yang dijalankan pada Khamis, Sabah yang dibimbing oleh Justin Ganai telah diundi di dalam kumpulan C bersama wakil Uzbekistan, PFC Nasaf dan juga APF FC dari Nepal.

Ad

Peringkat kelayakan ini dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos hadapan dan Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah berpusat bagi ketiga-tiga pasukan yang akan beraksi di kumpulan C.

Sekiranya berjaya menjadi juara kumpulan di peringkat kelayakan, Sabah akan layak secara merit ke peringkat kumpulan yang akan bermula pada 6 hingga 12 Oktober secara berpusat di venue yang ditetapkan.

Ad

Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pasukan yang layak ke peringkat kumpulan AWCL akan mendapat sekurang-kurangnya USD100,000 bersamaan RM470,00 dan Sabah berpeluang untuk meraihnya sekiranya berjaya melepasi peringkat kelayakan ini.

Ad