AWCL: Sabah Berpeluang Bertemu Juara Liga Korea
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Sabah berpeluang untuk bertemu juara Liga Korea dalam saingan AFC Women’s Champions League (AWCL).

Selaku juara Liga Wanita Nasional 2023, Sabah menjadi wakil tunggal Malaysia ke saingan AWCL dan perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum beraksi di peringkat kumpulan.

Ad

Pada sesi undian yang dijalankan pada Khamis lalu, Sabah yang dibimbing oleh Justin Ganai telah diundi di dalam bersama wakil Uzbekistan, PFC Nasaf dan juga APF FC dari Nepal di kumpulan C bagi pusingan kelayakan.

Ad

Pusingan kelayakan ini dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos hadapan dan Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah berpusat bagi ketiga-tiga pasukan yang akan beraksi di kumpulan C.

Sekiranya berjaya menjuarai kumpulan ini, Sabah akan layak secara merit ke peringkat kumpulan yang akan bermula pada 6 hingga 12 Oktober secara berpusat di venue yang ditetapkan.

Ad

Sabah akan diletakkan di dalam kumpulan A bersama-sama juara Liga Wanita Korea, Hyundai Steel Red Angels dan wakil dari China, Wuhan Jiangda selain juara pusingan kelayakan bagi kumpulan A.

Ad

Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pasukan yang layak ke peringkat kumpulan AWCL akan mendapat minimum USD100,000 bersamaan RM470,00 dan Sabah berpeluang untuk meraihnya sekiranya berjaya mara jauh.